
"Terima kasih. Datang lagi," ujar Liana ceria sambil tangannya melambai anak kecil yang datang bersama pelanggan tadi.
Sudah menjadi skrip wajib Liana untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang datang ke Verandah Cafe itu.
"Liana, tolong auntie beli barang sikit boleh?" tanya Auntie Ruby yang merupakan pemilik cafe tempat Liana bekerja.
"Tadi auntie terlupa pulak nak beli. Ingatkan ada lagi barangnya, tapi Azri cakap dah habis pula,"
"Banyak ke auntie?"
"Ni ha listnya. Takde la banyak sangat Lin. Tolong Ye.." ujar Auntie Ruby sambil menunjuk sekeping kertas kepada Liana. Segera diambil Liana dan dibacanya.
"Auntie nak buat brownies chocolate banana petang nanti untuk set minum petang kita hari ni.Dah lama tak buat brownies,"
"Wah, bestnya. Memang dah lama auntie tak buat brownies. Rindu kita orang tau. Haa, auntie nak tahu tak? Ada sorang mamat nie, dah tiga empat hari nie asyik tanya brownies auntie yang sedap giler tu. Cian Lin tengok wajah kehampaan dia. Terus je dia blah walaupun Lin dah suggest menu lain kat dia," cerita Liana sambil membuka apronnya. Dia mengambil beg duit dan handphone nokia didalam laci.Selepas membetulkan selendang yang dipakainya, Liana menyambut huluran wang dari Auntie Ruby.
"Tulah, auntie nak buat ni pun sebab dah ramai yang bertanya. Suruh Azri buat macam-macam alasan dia bagi. Korang kan tau yang auntie ni busy dan selalu kena keluar," bebel Auntie Ruby.
"Ala auntie, saya bukannya apa. saya belum pakar lagi bab-bab buat brownies ni. Lagipun, brownies auntie je yang paling best. Tak boleh lawan," celah Azri yang baru keluar dari dapur.
Di tangannya ada sedulang muffin blueberry yang baru siap. Harum bau menggamit selera.
Azri adalah salah seorang pekerja di Verandah Cafe yang menyajikan sajian ringan untuk minum petang seperti muffin, kek , bubur dan manisan. Selain itu menu makanan barat seperti pasta, makaroni dan spaghetti turut menjadi pilihan pelanggan.
"Oklah Auntie, Lin pergi dulu la. Karang lambat pulak brownies auntie siap,"
"Baik-baik jalan Lin. Kalau ada orang nak ngurat jangan layan tau," pesan Azri sambil mengenyitkan matanya. Liana hanya menjuihkan bibirnya. Malas nak melayan kerenah Azri.

Di pasar raya, Liana segera mencari barang-barang yang terdapat dalam list di tangannya. Setelah selesai misi membeli barang-barang itu, Liana bergerak pula ke bahagian makanan kering. Matanya meliar-liar ke arah rak-rak di tepinya sambil menolak troli. Otaknya memikirkan barang apa yang ingin dibeli bagi stok makanannya di rumah memandangkan dia sudah berada di pasar raya ketika itu.
"Aduh," terdengar jeritan kecil seorang lelaki di hadapannya. Lelaki itu terlompat seketika menahan sakit.
"Alamak.. Sorry sangat-sangat. Saya tak sengaja," ujar Liana apabila troli yang ditolaknya telah melanggar kaki lelaki itu.
"Minta maaf la encik. Terberangan jap tadi. Hehe,"
"Oh, patutlah. Nasib baik saya tak cedera parah tau. Kalau tak, saya saman awak," ujar lelaki itu serius. Namun dia kembali tersenyum dan memberitahu Liana kakinya tidak apa-apa.
Liana tahu lelaki itu sekadar bergurau. 'Takkan lah macam tu pun nak saman orang.'Tulah, zaman sekarang ni, sikit-sikit nak saman.Benda yang kecil pun kadang jadi isu. Apa diaorang ni tak penat ke turun naik makamah.
"Eh, awak ni yang selalu datang Verandah Cafe tu kan? Yang cari brownies tu kan?" tanya Liana meminta kepastian apabila wajah lelaki itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini.Seingatnya, setiap hari pasti lelaki itu akan membeli brownies di Verandah Cafe. Kadang-kadang pelik juga. Tak bosankah makan brownies setiap hari.Tapi kalau difikir balik, bagus juga kalau ada pelanggan setia seperti lelaki itu.Kalau ada 10 orang macam lelaki itu, pasti bisnes Auntie Ruby cepat maju. Hehe
"Dan awak pulak, cashier yang selalu tersenyum manis tu kan?" tanya lelaki itu pula. Sebuah senyuman terukir di bibir lelaki itu.
'Handsomenya dia'
Liana tersipu malu mendengar bicara lelaki itu.
"By the way, petang nanti jangan lupa singgah kat cafe tau. Kita orang ada buat brownies. Kalau lambat nanti habis,"
"Oh really? Wah tak sabarnya I dengar. U boleh tak simpankan dulu untuk I? nanti habis keje I datang ok. I nak 2 tau. Takut karang bila I datang dah habis pulak. Kempunan nanti,"
"Ok lah. Saya pun tak nak awak cari batu belah batu bertangkup pula nanti. Kempunan nak makan brownies. hehe. I have to go now. Dont forget to take your brownies ok. Bye.." ujar Liana riang dan terus menuju ke kaunter bayaran.
Dari jauh, lelaki itu masih memerhatikan langkah Liana. Comel pulak cashier ni. Terlupa pula nak bertanya siapa namanya. Walaupun setiap hari dia datang ke Verandah Cafe, namun tak terlintas pula nak berkenalan dengan gadis itu. Tak mengapa. Petang nanti dia akan menghulur salam perkenalan. Dia hanya tersenyum sebelum telefon bimbitnya berbunyi. Dia harus segera kembali ke pejabat.
Labels: cerpen 1