“Lin, takpe ke kalau Aunty tingalkan café ni deengan kamu?” tanya Aunty Ruby kepada Liana yang sedang sibuk menyusun resit-resit untuk disimpan setelah dia siap merekodnya sebentar tadi.
Verandah Café baru sahaja ditutup. Pekerja yang lain sibuk mengemas dapur. Aunty Ruby mengambil tempat untuk duduk disebelah Liana.
“Takpe Aunty. Lin boleh. Lagipun bukannya lama sangat pun. Empat hari sahaja kan Aunty pergi,”ujar Liana. Dia masih lagi sibuk menyimpan resit-resit perbelanjaan café.
“Memanglah, cuma Aunty risau kamu tak larat saja nanti. Kalau tak mustahak, aunty tak pergi pun tak apa”Risau juga dia ingin membiarkan Liana seorang diri mengurus café.
“Aunty, Lin bukannya sorang-sorang. Pekerja lain ka nada. Diaorang boleh tolong sama. Lin akan jaga café ni baik-baik. Percayalah. Lin boleh buat. Aunty tak payah risau okay”ujar Liana sambil memegang tangan Aunty Ruby untuk meyakinkan wanita itu. Liana tidak kisah ingin membantu ibu saudaranya itu. Lagipun dia memang senang sekali dapat bekerja disini. Dapatlah juga dia belajar dan mencari pengalaman.
“Kalau macam tu, terima kasih banyak ye Lin. Nanti aunty bagi bonus”
“Wah. Itu yang nak dengar tu.” Ujar Liana sambil tergelak. Senang hatinya mendengar janji Aunty Ruby. Bolehlah dia menyimpan untuk masa depannya nanti.
Aunty Ruby bukannya tidak percaya dengan anak saudaranya itu. Cuma dia risau akan membebankan gadis itu. Dia sangat senang sekali bila Liana mahu membantunya.
“Hmm bila kamu nak sambung belajar Lin? Jadi ke?” tanya Aunty Ruby kenudian.
“Lin dah apply nak sambung. Tunggu surat jawapan saja lah. Kalau ada rezeki, bolehlah sambung belajar”
“Baguslah kalau macam tu. Aunty tak kisah kamu nak belajar lagi. Belajar selagi boleh. Ilmu tu penting. Lepas ni kalau business Aunty ni dah makin maju, kamu kerja dengan Aunty saja. Mana tau lepas ni kamu boleh ambil alih tempat ni pula”
Walaupun telah lama berkahwin, namun Aunty Ruby masih tidak mempunyai cahaya mata. Liana sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Lagipun memang hubungan mereka berdua rapat sejak Liana kecil lagi.
Aunty Ruby memang bercadang untuk mewariskan perniagaannya itu kepada Liana. Lagipun dia lihat Liana boleh dan mampu untuk menguruskan perniagaanya itu kelak.
Liana menghempaskan badannya ke atas katil. Penat betul dia selama empat hari ketiadaan Aunty Ruby. Semua urusan café perlu diambil alih. Baru Liana tahu bagaimana penatnya Aunty selama ini. Sebelum ini pun, dia hanya menguruskan akaun perniagaan sahaja selain menjaga café.
Kebetulan banyak pula perkara yang perlu dilakukan. Dari membeli bahan-bahan mentah, membayar bil serta urusan dengan supplier. Hendak menguruskan tempahan-tempahan, menguruskan barang-barang yang tiba-tiba rosak,dan kerenah pekerja lagi. Sangkanya semua itu mudah, namun bila terpaksamenguruskannya sendiri baru dia tahu.
Liana cuba melelapkan mata. Hari ini dia menutup Verandah Café awal daripada biasa. Nasib baik juga esok satu hari memang mereka tidak beroperasi. Jadi bolehlah dia berehat lama sedikit.
Pening kepalanya dengan kejadian petang tadi. Seorang pelanggan telah mengadu makanannya mengandungi lipas. Terkejut betul Liana mendengarnya.
“Dik, mari sini sekejap” panggil seorang lelaki yang duduk tidak jauh darinya.
“Iya encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya Liana sopan. Pelanggan harus dilayan dengan mesra.
“Boleh tukar makanan saya ni dengan yang baru?”
“Ada apa-apa masalah ke dengan makanan encik? Atau kami tersalah hantar pesanan?” tanya Liana meminta penjelasan apabila dilihat makanan lelaki itu Cuma terkacau sedikit sahaja.
“Cuba awak tengok apa yang ada dalam ni?”pinggan pastanya ditunjuk ke arah Liana.
Liana merenung pinggan dihadapannya, namun dia masih tidak melihat apa-apa yang mencurigakan atau pelik. Lalu apabila lelaki itu menguis sedikit pastanya dan menunjukkan kea rah Liana barulah Liana faham. Mulanya terkejut juga dia apabila melihat seekor lipas didalam pinggan lelaki itu.
Segera Liana meminta maaf dan meminta Azri untuk menggantikan semula makanan lelaki itu. Mujur juga lelaki itu tidak banyak kerenah. Kalau tidak, pasti susah sekiranya pelanggan lain mendapat tahu.
“Saya harap lepas ni saya tak jumpalah benda-benda macam ni lagi. Nasib baik saya Nampak awal. Harap-harap café ni jagalah kebersihan sedikit. Saya memang suka makan disini. Tapi kalu selalu jadi macam ni, nanti pelanggan pun lari”
Mahu sahaja Liana mengamuk didapur tadi. Bila ditanya, semuanya hanya membisu. Pelik juga dia memikirkan dari mana datangnya lipas itu. Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seperti ini.
Akhirnya Kak Milah memberitahu mungkin lipas itu datang dari bilik stor.
“Haritu akak ada jumpa dua ekor dalam stor masa nak ambil barang. Tapi akak dah spray dengan Ridset dah”
Liana menasihati mereka agar lebih berhati-hati dan peka selepas ini. Dia tidak mahu kejadian seperti ini berlaku lagi. Semua makanan perlu dipastikan dahulu sebelum dihidang kepada pelanggan. Takut jika perkara ini berulang akan menjejaskan perniagaan. Kepercayaan pelanggan selama ini harus dijaga. Jika tidak pasti mereka akan lari.
Labels: cerpen 1
Liana segera tersedar dari tidurnya apabila jam lonceng yang diletakkan di sisi katilnya berbunyi nyaring. Tangannya pantas mematikan jam yang mengganggu lenanya itu. Liana menggosok-gosok matanya untuk menghilangkan ngantuk yang masih berbaki. Sedikit senaman ringan dilakukan supaya berasa lebih segar. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia menyambung tidur, namun apabila memikirkan tanggungjawab yang perlu ditunaikan, Liana segera bangun dan membersihkan diri untuk menghadap Pencipta Nya.
Usai solat subuh, Liana mula mengemas katilnya yang berselerak. Bantal-bantal disusun semula agar kemas dan rapi. Selesai sahaja, dia duduk sebentar di birai katil sambil memikirkan agenda yang boleh dibuatnya hari cuti begini.Terasa bosan juga kerana rakan serumahnya, Rahmah sudah pulang ke kampung halaman. Jika tidak, pasti ada sahaja aktiviti yang boleh dilakukan bersama.
Akhirnya, Liana memutuskan untuk mengemas bilik serta mencuci kain baju yang sudah memenuhi bakul di tepi almari pakaiannya. Tingkap bilik dibuka seluasnya bagi membenarkan udara pagi yang segar memasuki ruang kamarnya.
Dia mula menyapu lantai dan membersihkan habuk-habuk yang melekat disekitar biliknya. Tiba-tiba, matanya terpandang beg kertas pemberian Fahmi malam tadi. Terlupa sudah untuk melihat isinya kerana terlalu penat. Segera diambil beg kertas itu dan dibuka untuk melihat isi didalamnya. Liana tersenyum apabila melihat patung kanggaro yang sederhana besar bersama baby kangaroo. Comel sungguh. Liana meletakkannya diatas katil.
Liana meneruskan kerja-kerja yang tadinya terhenti. Sesekali matanya terarah kearah patung yang begitu comel. Selalunya orang menghadiahkan beruang tetapi kali ini patung kanggaroo pula. Mungkin lelaki itu membelinya ketika pergi beroutstation di Australia. Akhirnya semua kerja mengemas dapat dibereskan. Perutnya sudah mula menyanyi-nyanyi lagu keroncong menandakan dia harus segera mengisi perut yang kosong.
Liana ke dapur untuk menjerang air danmelihat jika ada bahan yang boleh dimasaknya pagi itu. Ternyata banyak barang-barang dapur dan stok makanan yang telah habis.
Tiba-tiba Liana teringatkan makcik yang menjual nasi lemak diseberang jalan. Liana berdoa didalam hati moga nasi lemak makcik itu masih belum habis. Jika tidak kempunanlah dia. Syukur, kerana rezekinya ada. Liana membeli nasi lemak sambal sotong kehemarannya. Sambal sotong makcik itu memang sedap. Pasti akan teringat-ingat.
Liana bersarapan sambil menonton televisyen. Pagi minggu begini hanya cerita kartun sahaja yang menghiasi kaca tv kebanyakan siaran. Handphone yang sedari senyap tiba-tiba berbunyi menandakan ada pesanan baru masuk.
“ Morning awak, Jom breakfast sama”
Liana membaca SMS kiriman Fahmi. Dia hanya tersenyum. Lelaki itu memang suka mengganggunya. Dia kemudian menaip untuk membalas SMS lelaki itu. Butang send ditekan.
“Gud moning. Jemput makan nasi lemak.."
Tidak lama kemudian, telefonnya berbunyi lagi. Panggilan dari Fahmi.Liana hanya menggeleng. Mengacau betul bisiknya.
“Hello encik Fahmi.Ada apa-apa yang boleh saya bantu encik pagi-pagi begini?” seloroh Liana.Suaranya ceria menahan tawa.
“Owh awak breakfast tak ajak saya pun. Saya baru ingat nak ajak awak sarapan sekali,”sedih saja bunyi nada Fahmi seperti merajuk.
“Lah, tadi tu kan saya dah ajak apa”sengaja Liana buat tak faham.
“Kalau setakat ajak-ajak ayam nak buat apa sayang oi?”
“Sorrylaah. Mana saya tau yang awak nak belanja saya pagi ni. Kalau tak tak payahlah saya penat-penat nak kena jalan beli nasi lemak,”
“Hmm.. Saya tak kira. Awak kena juga teman saya breakfast. Kejap lagi saya sampai.”
“Fahmi, saya tak free la hari ni. Lain kali okay”
"Awak nak pergi mana? Kejap saja. Please\.....”
Aduh Fahmi ni memang tak faham bahasa betul. Sehabisnya mahu kemahuannya itu dituruti.
“Saya nak keluar beli barang. Kita keluar lain kali okay” beritahu Liana dan berjanji untuk keluar bersama dilain kali.
“Owh nak beli barang saja. Ingatkan nak keluar dengan pakwe tadi. Takpelah nanti lepas awak teman saya, saya teman awak beli barang pula. Okay?”Fahmi masih berdegil dan cuba untuk memujuk.
“Lagipun kalau tak, awak nak pergi naik apa?” soalnya kemudian.
Pantas Liana menjawab ringkas “Teksilah”Bukannya Fahmi tidak tahu yang dia memang tidak ada kenderaan.
“Dari awak mengayakan pemandu teksi tu, baik awak naik kereta saya saja. Free je. Saya Cuma nak tolong awak save duit tu. Haritu awak juga bising kata kos hidup di kl ni mahal. Itu ini semua awak komplen. Orang nak offer hantar dia jual mahal pula. Awak jangan risaulah. Niat saya ikhlas tau nak tolong kawan. Kalau saya nak buat jahat kat awak, dari dulu lagi saya dah buat tahu,”
Fahmi sudah mula berleter panjang. Liana menggosok telinganya yang terasa panas. Fahmi sebenarnya memang kuat berleter mengalahkan perempuan.
“Iyalah. Awakkkan penyelamat saya.Bagi saya satu jam lagi. Saya nak mandi dulu ni”akhirnya Liana terpaksa mengalah. Lagipun bagus juga ada Fahmi yang mahu menemaninya membeli barang.
Fahmi yang mendengar Liana masih belum mandi mendapat idea untuk mengusik Liana.
“Padanlah nak bersin ni. Ada orang tak mandi lagi rupanya. Hei, kalau bakal mak mentua tahu ni, confirm tak masuk list calon menantu. Dah nak tengahari tak mandi-mandi. Haha” suka betul Fahmi dapat mengusik Liana.
“Orang mengemas rumahlah tadi”terang Liana. Entah kenapa dia harus memberitahu lelaki itu sebab mengapa dia belum mandi lagi. Selepas itu terus Liana mematikan talian. Bengang dia dengan Fahmi. Lelaki itu memang suka mengusik dan mengenakannya.
Panggilan telefon Fahmi dibiarkan sahaja. Liana pantas mengemas pinggan dan cawannya. Dan dia kemudian masuk ke bilik untuk mandi dan bersiap.
Labels: cerpen 1