HELLO:B WELCOME TO MY SITE. ENJOY YOURSELF AND HAVE A HAPPY DAY -
Disclaimer
You give me wings when Im fallingYou Lift me up when Im down Taking me high touching the sky
Yeah, You make me FLY....


bold,italic,underlined,strong
Navigations

Home About Joined Profile Links Credits
I'ts ME


HI. Welcome to my site.Im write my own story from my heart. Enjoy read my story here ;)

D A I S Y _ P U T I H
Doing...
Feeling : Happy,Emotional
Doing : STudent
Watching : Action, Cartoon
Listening to : Bruno Mars

Tagboard
<
>
Daily Reads
Afin | Dz | Bestiey

Rotten Things
December 2012 | January 2013 | February 2013 | July 2013 | February 2014 |

Chapter One
Start the journey
MORE THAN THIS

Music
Music Here!

Chapter Two
Written at Monday, January 7, 2013 | back to top

Selepas habis kerja, pasti Fahmi akan singgah di Verandah Cafe. Jika sebelum ini tujuannya hanya mencari brownies, namun tidak lagi kini. Ada sesuatu yang lebih menarik hatinya untuk tetap berkunjung.

Fahmi selalu rindu untuk menatap wajah gadis yang manis dengan senyuman dan ramah. Sejak perkenalan pertama dia sudah terpaut.

Pandangan dilemparkan ke luar jendela. Malam ini sungguh indah dengan bintang-bintang yang bertaburan. Diserikan lagi dengan sinaran bulan yang sudah separuh mengambang. Fahmi tersenyum sendirian. Teringat gelagat gadis pujaannya. Dia harus memulakan langkah.

Lantas segera dia mendail apabila teringatkan Liana. "Hello darling.." ujar Fahmi mesra apabila talian di hujung sana telah dijawab.

"Assalamualaikum.. Ada apa telefon nie?" jawab Liana yang sememangnya terkejut dengan panggilan Fahmi malam-malam begini.

"Waalaikumussalam.. Saje nak dengar suara awak.. Tadi siang saya datang cafe tapi awak tak ada pulak,"

"Oh saya cuti hari nie. Saya nak tidur dah nie,"mendatar sahaja suaranya. Sebenarnya Liana cuba mengawal perasaannya. Gembira kerana mendapat panggilan dari Fahmi. Tidak mahu jika Fahmi mengetahui perasaannya. Liana yang sedang melayan perasaan di tepi tingkap beralih pula duduk di tepi katil.

Selama ini mereka tidak pernah lagi berbicara melalui telefon.Sms pun amat jarang. Hanya berbual-bual apabila Fahmi datang ke cafe.

"Laa,you dah nak tidur ke? Awal lagi laa.. Hmm baru ingat nak ajak sembang," ujarnya hampa.

"Esok awak free tak?" tanyanya kemudian.

"Esok memang cafe tutup. So saya duduk rumah saje kot. Why?

"Nak pinjam awak esok boleh? Saya nak bawa awak pergi jalan-jalan nak?" tanyanya lagi.

"Tengoklah dulu macam mana," Liana cuba untuk jual mahal. Dalam rhati sebenarnya excited.

"Tak payah la tengok-tengok. Awak nak tengok apa saje kat rumah tu sayang. Please say yes darling," rayunya. Lembut suaranya.

'Ceh, memang dasar lelaki. Kalau bercakap dengan perempuan bukan main lagi. Ingat orang boleh cair la tu. Tapi memang aku dah cair pun awal-awal lagi'

Setelah membisu agak lama, akhirnya Liana bersetuju juga untuk mengikut Fahmi esok.

Mungkin ini boleh dikatakan first date. Aduh Liana perasan tak habis-habis. Baru ajak keluar sekali dah perasan. Entah-entah dia nak tempah brownies. Bisik hatinya. Segera Liana menekup mukanya ke bantal. Malu kerana berangan yang bukan-bukan.Angin malam yang berhembus dari luar tingkap biliknya terasa begitu damai. Liana bernyanyi-nyanyi kecil sambil merenung bintang dilangit.

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Pokok nanti jawab angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Angin nanti jawab tanyalah awan..
Awan nanti kata 'aku kandung air, sampai tempat sejuk aku pun cair'
Lihat dalam kolam nampak satu bayang,
campak satu batu bayang pun hilang....


Labels: