HELLO:B WELCOME TO MY SITE. ENJOY YOURSELF AND HAVE A HAPPY DAY -
Disclaimer
You give me wings when Im fallingYou Lift me up when Im down Taking me high touching the sky
Yeah, You make me FLY....


bold,italic,underlined,strong
Navigations

Home About Joined Profile Links Credits
I'ts ME


HI. Welcome to my site.Im write my own story from my heart. Enjoy read my story here ;)

D A I S Y _ P U T I H
Doing...
Feeling : Happy,Emotional
Doing : STudent
Watching : Action, Cartoon
Listening to : Bruno Mars

Tagboard
<
>
Daily Reads
Afin | Dz | Bestiey

Rotten Things
December 2012 | January 2013 | February 2013 | July 2013 | February 2014 |

Chapter Two
Chapter One
Start the journey
MORE THAN THIS

Music
Music Here!

Chapter Three
Written at Monday, January 7, 2013 | back to top

Sudah dua minggu kelibat Fahmi tidak kelihatan. Khabar berita darinya juga tiada. Setiap panggilan telefon yang dibuat, hanya peti suara yang menyambut. Setiap kiriman SMSnya pula pending. Hati Liana tertanya-tanya dengan misteri kehilangan Fahmi.
‘Ah lantaklah.. Kenapalah aku asyik fikirkan dia ni?? Karang semua kerja tak jalan’

“Oi cik kak! Kau ni asyik termenung saje kerjanya sejak dua menjak ni. Macam ayam berak kapur pun ada. Nak kata mati laki, tapi setahu aku pakwe pun kau tak ada lagi,” jerkah Siti rakan sekerjanya.

“Mana ada.. Aku cuma memikirkan masa depan aku saje ni,”
“Iye ke Liana? Apa yang kau nampak? Cerah ke kelabu?” usik Siti dengan niat mahu mengorek rahsia.

“Eh Siti, Auntie panggil kau la tu. Baik kau pergi cepat, mengamuk karang dia nanti,” Liana cuba mengalih topik untuk mengelak.

“Auntie dah lama balik. Nak tipu aku konon. Kau ni memang la Lin, asal aku nak korek rahsia je kau sibuk alih topik lain,”Jika sudah begitu, tidak mungkin dia dapat mengorek rahsia Liana. Susah betul Liana ingin membuka rahsianya. Jika dia dapat rahsia hati Liana pasti kawan-kawan sekerja yang lain akan tabik spring padanya. Maklumlah, Liana ni memang jenis yang berahsia dan suka memendam perasaan.

“Hmm, kalau kau dah tahu baguslah. Tak payah nak menyibuk hal orang, ok,” Akhirnya Siti mengalah juga apabila tiada respon positif daripada Liana. Terus sahaja dia berlalu ke dapur. Kalau dengan Liana memang susah untuk dia mendapatkan cerita.
Malas betul Liana hendak melayan Siti yang busybody. Semua hal orang nak ambil tahu. Memanglah bagus kalau prihatin, tapi kalau lepas tu habis dihebohkannya dan dijaja sana sini, baik tak payah. Bukannya dia tak tahu perangai Siti yang kaki gossip tu. Kalah wartawan. Liana rasa yang Siti tu sepatutnya kerja jadi wartawan Melodi lagi sesuai daripada di Verandah Café.

Liana mendail semula nombor Fahmi. Seperti yang diduga, panggilannya hanya disambut mesin peti suara. Geram pula rasanya. ‘Baik tak payah pakai handset kalau setakat mesin yang jawab.’ Handphone ditangannya dicampak geram.

“Eh Lin, tak nak balik ke? Kitaorang dekat belakang dah siap dah mengemas. Kamu ni dari tadi tak siap-siap aku menengoknya,”tegur kak Eton yang sudah sedia untuk pulang.

“Tulah kak Eton, kalau asyik termenung sana, berangan sini. Mana kerja nak siap. Merenung masa depan lama sangat,”

“Kamu ni Siti, cubalah cakap elok-elok sikit,”marah kak Eton.
“Akak rasa kamu ni dah kena penyakit angau tak? Ni mesti dengan budak brownies tu. Kamu dengan dia nampak mesra saja. Haa, dah lama akak tak nampak dia datang,”

“Mana ada kak Eton. Merepek saja. Kitaorang kawan je lah. Ala Lin penat tadi, itu yang saja lambat-lambat kemas depan ni. Lagipun Lin tunggu kawan sama. Akak dengan Siti balik lah dulu, Lin ada kunci,”

“Apa-apa saja kamu ni. Kami balik lah ye. Kamu tu nanti hati-hati ye Lin,” nasihat kak Eton. Lantas kak Eton dan Siti segera beredar. Selalunya memang mereka akan pulang bersama-sama. Kebetulan mereka tinggal di kawasan yang sama.





Setelah memastikan semuanya kemas dan teratur, Liana bergegas mengunci pintu untuk pulang ke rumah. Jam sudah menginjak ke 11.00 malam. Menyesal pula rasanya kerana lambat-lambat mengemas. Jika tidak, tak perlulah dia berjalan seorang diri. Ini semua gara-gara asyik memikirkan Fahmi.

Liana memulakan langkahnya dengan Basmallah. Sambil berjalan, dia berdoa memohon perlindungan dari Yang Maha Esa. Maklumlah sekarang ini banyak kes jenayah yang berlaku. Sedikit sebanyak perasaan takut itu hadir dalam diri Liana.

Walaupun rumah sewanya hanya kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Verandah Café, namun apabila sudah lewat dan berseorangan pula, timbul rasa takut dihatinya. Tiba-tiba dia terasa seperti diekori. Liana berhenti berjalan dan menoleh ke belakang. Namun tiada apa-apa yang mencurigakan.

Perasaan berdebar-debar cuba dikawal. Langkahnya juga dicepatkan. Dia kemudiannya melintas jalan dan melalui satu lorong kecil yang merupakan jalan pintas untuk pulang.

Hatinya kembali berdebar. Liana pasti ada seseorang sedang mengekorinya. Perasaannya sudah tidak menentu. Perjalanan pulang terasa amat jauh. Tiba-tiba lengannya ditarik. Liana yang terperanjat segera menjerit.

“Tolong!! Janga apa-apakan aku,” rayu Liana yang sudah mula teresak. Hanya ketakutan yang menyelubungi dirinya kini.

“Hey, calm down. It’s me okay. Surprised!”
Liana segera memandang wajah empunya suara yang seperti dikenalinya. Fahmi! Rasa takut segera mengendur diganti dengan perasaan geram dan marah.

“How could you do this to me huh? You ingat kelakar ke?”tangan Fahmi yang memegang bahunya segera ditepis. Liana segera berlalu. Dia ingin cepat sampai kerumahnya dan berehat.

“I’m sorry. Saya tak bermaksud nak takutkan awak pun. Saya cuma nak jumpa awak,”
“Liana!” panggil Fahmi apabila kata-katanya tidak diendahkan. Fahmi cuba untuk menyaingi langkah kaki Liana yang semakin laju. Dia tahu yang Liana sedang marah. Fahmi diam seketika untuk menyusun ayat.

“Sayang, janganlah macam ni. Saya jauh-jauh datang nak jumpa awak. Tapi awak layan saya macam ni pula,” ujar Fahmi sayu dan sedih. Sengaja dibuat muka seposen meminta simpati.

Akhirnya Liana bersuara juga. “Buat apa? Awak yang mulakan dulu. Huh, ingatkan dah mati,”selamba saja Liana menuturkan kata-kata.
“Sampai hati awak cakap macam tu. Sedih saya tau,”terguris sedikit perasaan Fahmi.
Sangkanya Liana akan gembira melihat kepulangannya. Betapa selama dua minggu ini dia menanggung rindu. Jika bukan kerana desakan papanya, tidak perlulah dia ke luar Negara untuk berjumpa client. Bukan abangnya seorang tidak boleh pergi. Namun, papanya ingin dia turut serta dan belajar.

“Memang patutlah orang ingat awak ni dah mati. Dua minggu hilang tanpa khabar. Kata nak call orang, tapi apa pun takde. Bila orang call, masuk voice mail memanjang. Ingat memang dah tak wujud lagi kat dunia ni,”

Fahmi tersenyum. Seketika hanya sepi yang menemani perjalanan mereka. Masing-masing membisu. Liana menghentikan langkahnya apabila sudah sampai di tingkat bawah apartment yang didudukinya. Wajah Fahmi yang selamba dipandang geram.

“Awak nak apa sebenarnya?”rimas betul dia apabila masih diekori Fahmi.

“Hmm, saya saja nak temankan awak. Bahaya tau anak dara jalan sorang-sorang. Nanti kalau jadi apa-apa kat awak siapa yang susah? Saya juga,”

“Terima kasihlah atas keprihatinan awak. Sekarang saya dah sampai rumah, so I think you can make move now. Good night,”ujar Liana dan terus mendaki anak-anak tangga untuk ke rumahnya ditingkat 2.

Sampai sahaja di hadapan pintu rumahnya, Liana segera menyelongkar begnya untuk mencari kunci. Kemudian dia meraba-raba poket seluar jeansnya pula. Wajah Liana mula cemas. Sekali lagi dilihat di dalam beg sandangnya. Namun kunci yang dicari tiada.
‘Ya Allah. Takkan tertinggal kot. Macam mana ni?’

Fahmi yang sedari tadi memerhati menegurnya. “Jumpa tak kunci?”
Liana hanya menggeleng. “Rasanya tertinggal dekat café la awak. Hmm takpelah saya call housemate saya minta buka pintu. Awak pergi la balik,”

“Nope, until you enter your house safely,” tegas Fahmi. Dia menunggu Liana menelefon rakannya.
“So?,”Tanya Fahmi apabila melihat Liana kembali menyimpan telefon bimbitnya.

“My friend dah balik kampung. Nampaknya kenalah patah balik. Kalau tak tidur lah kat luar ni,”
Terpaksalah dia meminta Fahmi menemaninya kembali semula ke café. Hendak pergi sendiri dia takut. Fahmi pula dengan senang hati ingin menemani Liana. Tidak mungkin dia akan membiarkan Liana berjalan seorang diri.

“Sorry sangat terpaksa susahkan awak. And thanks coz temankan saya,” luah Liana apabila kereta Fahmi mula bergerak menuju ke rumahnya.
Tadi memang sengaja Fahmi meninggalkan keretanya berhampiran Verandah Café apabila melihat Liana sudah berjalan pulang. Memang dia sengaja mengekori gadis itu kerana bimbang akan keselamatannya. Tambahan pula rindu untuk menatap seraut wajah yang sudah berjaya mencuit hatinya itu.

“It’s ok darling. You know I’ll do anything for you,”

“Iyelah tu,”ejek Liana sengaja ingin melihat aksi Fahmi.

“Yes. I’m serious okay,”Fahmi tidak puas hati apabila melihat riak Liana yang seperti tidak mempercayainya. Kemudian Fahmi mula menyanyi bait-bait lagu dari Bruno Mars

I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah )
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah, yeah )
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh,
I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
Yes, I would die for you baby
But you won’t do the same


Liana hanya tersenyum melihat telatah Fahmi yang beria-ia menyanyi. Ternyata sedap juga suara lelaki itu. Kalau masuk Akademi Fantasia pasti boleh punya. Almaklumlah suara sedap, rupa pun handsome.

Liana hanya mendengar Fahmi menyanyi dari satu ke satu lagu sehingga mereka sampai.
Mata mereka bertemu.Lama mereka terpaku. Satu perasaan asing muncul. Mungkinkah dia sudah jatuh cinta?

Selapas mengucapkan selamat tinggal, Liana terus mendaki anak-anak tangga untuk ke rumahnya. Beg kertas pemberian Fahmi dibimbit kemas. Entah apalah agaknya isi beg itu. Beria-ia Fahmi ingin dia mengambilnya.
Selepas membersihkan diri, Liana terus berbaring dan sekejap sahaja dia terus terlena.. Penat sungguh hari ini. Kaki dan badannya yang letih perlu direhatkan.

Labels: