Liana segera tersedar dari tidurnya apabila jam lonceng yang diletakkan di sisi katilnya berbunyi nyaring. Tangannya pantas mematikan jam yang mengganggu lenanya itu. Liana menggosok-gosok matanya untuk menghilangkan ngantuk yang masih berbaki. Sedikit senaman ringan dilakukan supaya berasa lebih segar. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia menyambung tidur, namun apabila memikirkan tanggungjawab yang perlu ditunaikan, Liana segera bangun dan membersihkan diri untuk menghadap Pencipta Nya.
Usai solat subuh, Liana mula mengemas katilnya yang berselerak. Bantal-bantal disusun semula agar kemas dan rapi. Selesai sahaja, dia duduk sebentar di birai katil sambil memikirkan agenda yang boleh dibuatnya hari cuti begini.Terasa bosan juga kerana rakan serumahnya, Rahmah sudah pulang ke kampung halaman. Jika tidak, pasti ada sahaja aktiviti yang boleh dilakukan bersama.
Akhirnya, Liana memutuskan untuk mengemas bilik serta mencuci kain baju yang sudah memenuhi bakul di tepi almari pakaiannya. Tingkap bilik dibuka seluasnya bagi membenarkan udara pagi yang segar memasuki ruang kamarnya.
Dia mula menyapu lantai dan membersihkan habuk-habuk yang melekat disekitar biliknya. Tiba-tiba, matanya terpandang beg kertas pemberian Fahmi malam tadi. Terlupa sudah untuk melihat isinya kerana terlalu penat. Segera diambil beg kertas itu dan dibuka untuk melihat isi didalamnya. Liana tersenyum apabila melihat patung kanggaro yang sederhana besar bersama baby kangaroo. Comel sungguh. Liana meletakkannya diatas katil.
Liana meneruskan kerja-kerja yang tadinya terhenti. Sesekali matanya terarah kearah patung yang begitu comel. Selalunya orang menghadiahkan beruang tetapi kali ini patung kanggaroo pula. Mungkin lelaki itu membelinya ketika pergi beroutstation di Australia. Akhirnya semua kerja mengemas dapat dibereskan. Perutnya sudah mula menyanyi-nyanyi lagu keroncong menandakan dia harus segera mengisi perut yang kosong.
Liana ke dapur untuk menjerang air danmelihat jika ada bahan yang boleh dimasaknya pagi itu. Ternyata banyak barang-barang dapur dan stok makanan yang telah habis.
Tiba-tiba Liana teringatkan makcik yang menjual nasi lemak diseberang jalan. Liana berdoa didalam hati moga nasi lemak makcik itu masih belum habis. Jika tidak kempunanlah dia. Syukur, kerana rezekinya ada. Liana membeli nasi lemak sambal sotong kehemarannya. Sambal sotong makcik itu memang sedap. Pasti akan teringat-ingat.
Liana bersarapan sambil menonton televisyen. Pagi minggu begini hanya cerita kartun sahaja yang menghiasi kaca tv kebanyakan siaran. Handphone yang sedari senyap tiba-tiba berbunyi menandakan ada pesanan baru masuk.
“ Morning awak, Jom breakfast sama”
Liana membaca SMS kiriman Fahmi. Dia hanya tersenyum. Lelaki itu memang suka mengganggunya. Dia kemudian menaip untuk membalas SMS lelaki itu. Butang send ditekan.
“Gud moning. Jemput makan nasi lemak.."
Tidak lama kemudian, telefonnya berbunyi lagi. Panggilan dari Fahmi.Liana hanya menggeleng. Mengacau betul bisiknya.
“Hello encik Fahmi.Ada apa-apa yang boleh saya bantu encik pagi-pagi begini?” seloroh Liana.Suaranya ceria menahan tawa.
“Owh awak breakfast tak ajak saya pun. Saya baru ingat nak ajak awak sarapan sekali,”sedih saja bunyi nada Fahmi seperti merajuk.
“Lah, tadi tu kan saya dah ajak apa”sengaja Liana buat tak faham.
“Kalau setakat ajak-ajak ayam nak buat apa sayang oi?”
“Sorrylaah. Mana saya tau yang awak nak belanja saya pagi ni. Kalau tak tak payahlah saya penat-penat nak kena jalan beli nasi lemak,”
“Hmm.. Saya tak kira. Awak kena juga teman saya breakfast. Kejap lagi saya sampai.”
“Fahmi, saya tak free la hari ni. Lain kali okay”
"Awak nak pergi mana? Kejap saja. Please\.....”
Aduh Fahmi ni memang tak faham bahasa betul. Sehabisnya mahu kemahuannya itu dituruti.
“Saya nak keluar beli barang. Kita keluar lain kali okay” beritahu Liana dan berjanji untuk keluar bersama dilain kali.
“Owh nak beli barang saja. Ingatkan nak keluar dengan pakwe tadi. Takpelah nanti lepas awak teman saya, saya teman awak beli barang pula. Okay?”Fahmi masih berdegil dan cuba untuk memujuk.
“Lagipun kalau tak, awak nak pergi naik apa?” soalnya kemudian.
Pantas Liana menjawab ringkas “Teksilah”Bukannya Fahmi tidak tahu yang dia memang tidak ada kenderaan.
“Dari awak mengayakan pemandu teksi tu, baik awak naik kereta saya saja. Free je. Saya Cuma nak tolong awak save duit tu. Haritu awak juga bising kata kos hidup di kl ni mahal. Itu ini semua awak komplen. Orang nak offer hantar dia jual mahal pula. Awak jangan risaulah. Niat saya ikhlas tau nak tolong kawan. Kalau saya nak buat jahat kat awak, dari dulu lagi saya dah buat tahu,”
Fahmi sudah mula berleter panjang. Liana menggosok telinganya yang terasa panas. Fahmi sebenarnya memang kuat berleter mengalahkan perempuan.
“Iyalah. Awakkkan penyelamat saya.Bagi saya satu jam lagi. Saya nak mandi dulu ni”akhirnya Liana terpaksa mengalah. Lagipun bagus juga ada Fahmi yang mahu menemaninya membeli barang.
Fahmi yang mendengar Liana masih belum mandi mendapat idea untuk mengusik Liana.
“Padanlah nak bersin ni. Ada orang tak mandi lagi rupanya. Hei, kalau bakal mak mentua tahu ni, confirm tak masuk list calon menantu. Dah nak tengahari tak mandi-mandi. Haha” suka betul Fahmi dapat mengusik Liana.
“Orang mengemas rumahlah tadi”terang Liana. Entah kenapa dia harus memberitahu lelaki itu sebab mengapa dia belum mandi lagi. Selepas itu terus Liana mematikan talian. Bengang dia dengan Fahmi. Lelaki itu memang suka mengusik dan mengenakannya.
Panggilan telefon Fahmi dibiarkan sahaja. Liana pantas mengemas pinggan dan cawannya. Dan dia kemudian masuk ke bilik untuk mandi dan bersiap.
Labels: cerpen 1