HELLO:B WELCOME TO MY SITE. ENJOY YOURSELF AND HAVE A HAPPY DAY -
Disclaimer
You give me wings when Im fallingYou Lift me up when Im down Taking me high touching the sky
Yeah, You make me FLY....


bold,italic,underlined,strong
Navigations

Home About Joined Profile Links Credits
I'ts ME


HI. Welcome to my site.Im write my own story from my heart. Enjoy read my story here ;)

D A I S Y _ P U T I H
Doing...
Feeling : Happy,Emotional
Doing : STudent
Watching : Action, Cartoon
Listening to : Bruno Mars

Tagboard
<
>
Daily Reads
Afin | Dz | Bestiey

Rotten Things
December 2012 | January 2013 | February 2013 | July 2013 | February 2014 |

CHAPTER FIVE
CHAPTER FOUR
Today
SEPI ITU INDAH
Take A Break
Chapter Three
Chapter Two
Chapter One
Start the journey
MORE THAN THIS

Music
Music Here!

CHAPTER SIX
Written at Thursday, February 27, 2014 | back to top



Lia, bangunlah. Dah dekat pukul 10 pagi dah ni,” kejut Rahmah teman serumah Liana. Belakang badan Liana yang dibungkus selimut ditepuk-tepuknya untuk membangunkan sahabatnya itu.
Hish anak dara sorang ni memang liat betul bangun pagi. Selalu kalau tak dikejut pasti terlajak mahunya.
“Oi cik kak. Matahari dah naik tau. Anak burung pun lagi awal bangun. Anak dara tak elok tidur sampai siang. Nanti tak dapat jodoh baru tau,”


Bebelan Rahmah tidak diendahkan. “ Ala, kejap lagi laa. Bukannya selalu pun,” jawab Liana malas. Matanya masih dipejam dan patung kangaroo dipeluk erat. Dia masih mahu menyambung tidur.
“Eii, budak ni. Tengok tu, baju semalam pun tak tukar lagi. Dah pergi mandi sekarang. Aku dah buat sarapan, kita makan sama-sama. Tengahari turn kau pulak masak,”

Selimut yang menyelubungi Liana ditarik Rahmah. Kemudian dia menarik lengan Liana menyuruhnya bangun, namun tidak diendahkannya. Lantas Rahmah mendapat idea. Tapak kaki Liana digeletek pula. Liana terjerit kegelian lantas segera bangun.

“Okey cukup. Aku pergi mandi sekarang,”Liana menyerah kalah. Tuala yang dihulur Rahmah disambut dan dia segera berlari apabila Rahmah mengacah ingin menggeleteknya lagi.

Rahmah tersenyum puas. Ternyata taktiknya berjaya. Rahmah membantu mengemas katil Liana dan apabila selesai dia ke dapur menyiapkan meja.

Selesai mandi, Liana ke dapur. Hidangan sarapan telah siap diatas meja. Ada nasi goreng dan sambal tumis sotong kegemarannya.
“Thanks,”Liana memeluk belakang Rahmah yang sedang menyuap nasi goreng.

“Ish. Apa ni. Dah duduk makan. Penat aku masak tau,”

Liana hanya tersenyum dan segera menarik kerusi. Air milo dituangnya. Dan mereka berdua menjamu selera sambil bertukar-tukar cerita.

Liana menceritakan kejadian petang semalam yang berlaku di Verandah Café. Terkejut Rahmah mendengar cerita Liana. Rahmah member saranan agar Liana mendapatkan khidmat pest control sekiranya lipas-lipas itu masih bermaharajalela.

“Hmm, bagus juga idea kau tu. Nanti esok aku nak buat sport checks sendiri kat bahagian store and kitchen. Baru puas hati,”
Liana membantu Rahmah mengemas meja makan sementara sahabtnya itu mencuci pinggan dan cawan yang telah digunakan.

“Nanti tengah hari kau nak masak apa?” tanya Rahmah sambil mengelap tangannya yang basah.
“Haa? Masak? Masak apa pula? Kan kita baru lepas makan ni,” Sengaja Liana buat tak faham.
“Eleh sajalah tu. Tengah hari turn kau pula masak. Aku dah penat pagi ni kemas rumah and buat breakfast. Kau tu tidur je kerjanya, bukan nak tolong aku. So tengah hari aku nak rehat,” selamba Rahmah berkata dan berlalu untuk mandi.

Liana hanya tersengih. Langsung tak terasa dengan kata-kata Rahmah. Liana memandang jam dinding. Masih awal lagi. Mungkin kejap-kejap lagi baru dia akan mula memasak. Di dalam kepalanya terfikir menu yang simple tapi berkhasiat.
Ayam di dalam peti ais dikeluarkan dahulu. Bahan-bahan lain yang diperlukan juga diasingkan untuk memudahkan kerjanya nanti. Selepas itu Liana keruang tamu menonton televisyen sebentar.


Bau haruman masakan yang datang dari dapur menggamit Rahmah untuk menjenguk. Di lihatnya Liana sedang kusyuk mengemas setelah selesai memasak.

“Wah-wah sedapnya bau. Apakah menu santapan untuk beta hari ini wahai dayang senandung,” soal Rahmah mengejutkan Liana sambil tangannya membuka periuk diatas dapur.

“Owh tuan puteri sudah lapar ke? Hari ni hamba masak nasi ayam special. Taiko punya,”

“ Eii bestnya. Ada tak sayur capcai?” tanya Rahmah tidak sabar. Teruja pula dia dengan hidangan tengah hari itu. Memang sengaja Liana memasak nasi ayam kerana dia tahu ia adalah kegemaran Rahmah.

“Mestilah ada. Wajib tau. Kalau tak ada tak special pula. Amboi, dia berdiri je kat tepi macam boss besar. Tuan Puteri dah lupa ke yang tuan puteri tu dah kena buang istana. So kenalah biasakan diri macam orang biasa. Nah ambik mangkuk ni. Pergi cedok sayur dengan sup tu ye,”sengaja Liana memberikan jelingan dan berpura-pura marah.

Rahmah hanya ketawa. Namun tetap dibuatnya seperti yang disuruh. “ Baiklah, putih tahu lah yang putih ni anak tiri je, tapi merah tak boleh buli putih macam ni. Nanti putih mengadu dengan anak raja tu baru tahu,”gurau Rahmah yang sudah melalut. Mereka berdua tergelak bersama. Rahmah dan Liana memang selalu bergurau senda. Tapi itulah yang mengeratkan lagi tali persahabatan.
Setelah semuanya siap dihidang diatas meja, Rahmah pantas mencedok nasi ke dalam pinggannya. Tak sabar betul ingin mengisi perut yang sudah berkeroncong melihat nasi ayam kegemarannya itu.

Liana hanya menggeleng melihat telatah Rahmah yang sudah mengangkat tangan membaca doa makan dan terus menyuap nasi ke mulut. Tak tunggu-tunggu lagi dah.

“ Aik, senduk nasi untuk diri sendiri je?”
Rahmah tersengih. “Eh sorry. Lupa pula. Ala kau senduk sendiri la. Kau kan dah besar,” jawab Rahmah selamba.

Liana yang baru mahu menyuap nasi tersentak apabila telefonnya berbunyi. Dia mengeluh bila melihat nama si pemanggil. Dibiarkan sahaja sehingga ia mati sendiri.

“Apasal tak angkat?”tanya Rahmah apabila telefon Liana berdering sekali lagi. Hairan dia dengan sikap Liana.
“Malaslah aku nak layan beruang tu. Tak faham bahasa. Suka sangat nak paksa-paksa,” rungut Liana.

Tadi Fahmi ada mengajaknya untuk keluar makan bersama. Sudah diterangkan yang dia hanya mahu berehat dirumah. Penatnya masih belum hilang sepenuhnya. Tetapi Fahmi seperti tidak mahu memahami. Masih berdegil ingin Liana menemaninya keluar.
Sekali lagi telefonnya bordering. Dibiarkan sahaja. Tetapi akhirnya diangkat juga setelah Rahmah membebel-bebel di telinganya.

“ Angkat je lah telefon tu. Mengganggu konsentrasi aku nak menikmati nasi ayam ni je. Kalau tak meh sini aku yang jawab sekaligus sekolahkan beruang yang tak faham tu. Lama sangat duduk dalam zoo kot. Tu yang dia tak faham cakap kau Lia,” Rahmah memberi cadangan.

“ Hello Fahmi. Liana tak nak cakap dengan awak. Marah betul dia tahu. Dia pesan dia tak boleh ikut awak hari ni. Lagipun kitaorang tengah dating berdua ni. Mana boleh awak kacau daun Fahmi. Turn awak hari lain ye,” gurau Rahmah.

“Haa, awak dengarkan apa yang kawan saya cakap. Haa? Awak dah ada kat bawah? Eh awak ni memang la. Hah suka hati awak la. Saya malas nak layan,” talian diputuskan dan telefonnya segera dimatikan. Geram betul dia.
“Ei aku tak retilah dengan Fahmi tu,” hilang sudah seleranya.

“Kau ajak jelah Fahmi makan kat sini. Habis cerita. Sama juga dia dapat juga jumpa kau,” cadang Rahmah apabila mendapat tahu Fahmi sudah sampai. Tidak lama kemudian terdengar ketukan di pintu hadapan diselangi dengan ucapan salam..
“Haa, pergilah sambut bakal ipar aku tu. Nanti aku siapkan pinggan,” ujar Rahmah yang sudah bangun untuk mengambil pinggan dan gelas baru.

“Eh kau gila ke nak ajak dia masuk. Karang kalau kena tangkap ke baru tahu. Mak cik Timah tu kan kalau nampak habis jadi bahan cerita. Kecoh satu flat ni karang baru tahu,”takut juga Liana apabila sebelum ini ada kes tangkap khalwat yang berlaku di flat yang mereka duduki ini. Nanti tak pasal-pasal kawin free. Minta dijauhkan.

“Kalau kena tangkap kau kawin je dengan dia. Lagi senang. Kawin free. Hehe. Ala bukannya korang berdua-duaan pun. Kalau makcik Timah tu sibuk-sibuk, cakap je yang Fahmi tu sepupu kau yang baru balik dari oversea,”

“Haa pandailah kau. Kau yang beria-ia, kau la pergi sambut. Aku malas nak layan,” putus Liana. Dia beredar masuk ke bilik.
Akhirnya Rahmah sendiri yang menjemput Fahmi masuk. Takkan nak dibiarkan sahaja lelaki itu yang sudah lama menunggu.
“ Langkah kanan betul awak hari ni Fahmi, kitaorang tengah makan. Liana masak. Jemputlah masuk,”

Mereka beredar ke meja makan. Pintu hadapan dibiarkan terbuka. Dia tidak mahu mengundang fitnah. Lagi-lagi kalau makcik Timah dah masuk campur. Lain nanti jadinya.

Apabila melihat Liana masih tidak keluar dari biliknya, Rahmah segera menjenguk Liana dan memujuknya. Liana keluar juga dalam paksa. Sepanjang di meja makan Liana hanya membisu. Walaupun Fahmi membuat lawak jenaka tidak diendahkan. Setelah membasuh pinggannya sendiri, Liana beredar ke ruang tamu. Terpaksalah Rahmah yang melayan Fahmi.

“Teruk betullah awak ni Fahmi. Apa yang awak buat sampai Liana marah macam ni sekali. Hah pandai-pandailah awak pujuk dia. Saya nak masuk solat kejap,”

Rahmah memberi ruang untuk mereka berdua berbincang di ruang tamu. Di matanya mereka berdua itu memang secocok. Namun Liana hanya mengatakan yang mereka hanya berkawan memandangkan Fahmi tak pernah menyebut lebih-lebih mengenai hubungan mereka.
Sebagai sahabat, Rahmah hanya mendoakan yang terbaik untuk Liana. Semoga sahabatnya itu akan bertemu jodoh juga akhirnya.

Labels: